Assalammualaikum..
Hari ni hri Rabu n dah masuk 1 Zulhijjah 1433H.
Bulan Zulhijjah ialah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan kurban.
Allah turut memberikan sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagai hari terbaik di dalam setahun.
Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk
lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan
Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh
menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut?” Nabi
bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar
berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan
keduanya”. (Hr Bukhari)
Amalan -amalan yg disunatkan utk kite yg tidak mengerjakan HAJI..??
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Selamat Beramal..JOM POSE!! :)

No comments:
Post a Comment