Salam Ramadhan buat sume....
Alhamdulillah nk msuk puase kelima dah....Owg lak sbuk dgn Berniage at Bazaar Ramadhan.. Seronok coz ade kje nk buat...xdek la borink mcm cti 4bulan sblm nie...=)
Bazaar-bazaar Ramadhan merupakan antara medan untuk peniaga-peniaga ini berniaga dan mencari rezeki.Dek kerana pelbagai pilihan disajikan, pelbagai juadah dibentangkan di hadapan mata maka, ada sesetengah antara kita yang agak lemah imannya seringkali terikut akan kehendak nafsu yang melampau dan membeli sehabis mungkin.
Akhirnya makanan yang dibeli dengan kuantiti yang berlebihan itu bukan sahaja
tidak habis, malah
dibuang begitu sahaja akibat tidak mampu lagi untuk ditelan. Secara tidak langsung antara sedar atau tidak,
pembaziran berlaku. Maka apabila seorang yang berpuasa itu melakukan pembaziran yakni amalan syaitan, secara tidak langsung juga pahala puasanya juga akan turut berkurangan.
Dalam kitab Minhajul 'Abidin,
Imam Ghazali r.a menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan buruk akibat terlalu banyak makan atau minum iaitu:
1) Hati akan menjadi keras yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melaksanakan perkara-perkara kebajikan.
2) Mendorong tubuh badan manusia untuk cenderung ke arah kejahatan.
3) Menghakis kecerdikan dan kepintaran seseorang.
4) Menjadi malas kerana terlalu kenyang dan badan menjadi lemah.
5) Menghalang kekusyukan dalam beribadat.
6) Menyukarkan saat-saat kematian (sakaratul maut)
7) Melemahkan hati.
8) Mengurangkan pahala amalan untuk hari akhirat.
9) Boleh menyebabkan kesulitan ketika dihisab.
Secara kesimpulannya, amalan dan corak pemakanan kita boleh mempengaruhi sikap, pemikiran dan emosi seseorang. Sekiranya seseorang itu makan berlebihan, sikap, pemikiran dan emosinya akan lebih cenderung ke arah negatif justeru akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk terhadap diri sendiri.
So..Pose2 jgak...tp time berbuke tue jgn ikut nafsu je taw...!! =)