Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, kita di sunatkan sujud syukur.
Dalilnya:
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. Rukun sujud syukur:
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur.
Boleh baca nie:
-SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
- Tak pon baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud.
Syarat-syaratnya
a. Suci dari hadath besar dan kecil (dlm wudhuk)
b. Suci dari najis sama ada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

No comments:
Post a Comment