Wednesday, January 19, 2011

Taqwa: Analogi Para Sahabat.



Para sahabat utama Rasulullah s.a.w juga ada memberikan pngertian taqwa dgn pelbagai pendekatan.

  • Ubay bin Ka'ab memberi satu anologi yg sngt jelas apabila beliau ditanya oleh Sayidina Umar r.a. tentang taqwa.
          Ubay menjwb: "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?" Umar menjwb: 
          "Ya,pernah." Ubay menyambung: "Lalu apa yg kamu lakukan?" 
          Umar mnjawab: "Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." 
          Maka Ubay berkata: " Maka demikianlah juga taqwa!"
  • Abu al-Darda' r.a pernah berkata: "Kesempurnaan taqwa itu adlh apabila seorg hamba itu sentiasa berjaga-jaga dgn Allah (arahan dan larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yg halal sekali pun kerana takut jatuh dlm perkara yg haram." 
         Kata-kata sahabat Rasulullah s.a,w ini selaras dgn hadis  Baginda s.a.w yg
         bermaksud: "tidak akan sampai seorang hamba kpd darjat org bertaqwa
         sehingga dia meninggalkan hal kecil yg mungkin tidak mengapa kerana 
         bimbang jatuh dlm perkara yg ditegah Allah"  (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment