Tuesday, December 28, 2010

Bergurau Senda Dalam Pergaulan


Bergurau dlm pergaulan tdk dilarang dlm ajrn Islam, asalkan gurauan itu tidak melampaui batas. Sebaliknya, jika gurauan itu sengaja diucapkan atau dilakukan untuk membuat orang lain ketawa atau agar ia diketawakan, maka hal itu adalah dilarang.

Rasullullah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa berbicara dgn sesuatu kalimat sehingga dgn kalimat itu menjadi ketawa sahabat-sahabatnya, nescaya Allah akan menyeksanya kelak di dalam neraka."

RASULULLAH DAN PEREMPUAN TUA.

Pada zaman rasulullah, gurauan sudah berlaku di dalam pergaulan, bahkan baginda sendiri pernah bergurau dgn keluarga dan para sahabat.

Dalam riwayat dr Hasan r.a pernah terjadi, seorang perempuan tua dtg menemui rasullullah dan berkata kpd nabi: "Ya rasulullah, doakanlah aku agar aku dpt memasuki syurga."

Lalu rasulullah mnjawab: "Wahai nenek, ketahuilah bahawa di syurga tdk ada orang tua seperti kamu."

Mendengar kata-kata itu, perempuan tua tersebut pun menangis. Tetapi kemudian,sambil tersenyum baginda bersabda lagi: "Bukankah telah aku katakan bahawa tdk ada orang tua yg masuk ke syurga? Kerana mereka semua telah berubah menjadi gadis-gadis perawan. Ingatlah firman Allah: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dan Kami jadikan mereka perawan."

Apabila mendengar kata-kata rasulullah itu, perempuan itu pun ketawa.

Moral Sirah:
Dari kisah nie kita dpt membayangkan bahawa di dalam pergaulan rasulullah seharian, baginda turut melakukan gurauan. Kemungkinan juga, inilah di antara sifat2 baginda yg menyebabkan baginda disayangi oleh para pengikutnya. Itulah keperibadian rasulullah yg menjadikan gurauan sbg satu selingan di dlm pergaulan. So, nk bergurau boleyh, tp berpada-pada ye!! =)


5 comments:

  1. indahnya ukhuwwah berdasarkan fillah...
    dan gurau senda penting dlm membentuk sebuah keluarga yang harmoni..

    contohilah Rasulullah :)

    ReplyDelete
  2. maksud hadis pertama tu cammana erk....kira jgn cakap merapu2 yg bole buat orang ketawa ker...

    ReplyDelete
  3. yup kak asyi... Rasulullah cntoh terbaek...

    azhar~ kre jgn lah bergurau yg berlebih-lebihan n yg bukan2 la...sory klu salah....

    ReplyDelete
  4. serius sekarang saya rasa sebak sangat baca entry ni... :(

    http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/macam-mana-ni-ek.html

    ReplyDelete
  5. tetibe rindu moon gelak! :)
    laen dr yg laen.
    hihihi~

    ReplyDelete